Sunday, January 9, 2011

ciumlah ayah sebelum yang terakhir..:

                                                (raye last bersama ayah..)

Ayah aku meninggal 9 julai 2010 pd kul 2.30 pagi pada malam jumaat yg tenang. Perkara yang aku tuliskan di sini adalah untuk mereka yang masih lagi mempunyai orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal

Kematian ayah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan emak yang kesorangan dan mempunyai 11 orang cahaya mata serta 30 orang cucu. Anak-anak semua dah dewasa dan berkerja jauh. Hidup ini seolah tiada erti. Selama nie setiap suka duka pasti akan dimaklumkan pada emak dan abah. Kalau naik gaji atau dapat keputusan bagus pasti mereka mereka dimaklumkan sepaya mereka gembira.

Kalau boleh mahu terus berada di terengganu menemani mak yang terus menangis .Syukur, ayah meninggal dalam pelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah di telinga kirinya dan aku ketika itu masih dalam perjalanan pulang ke terenganu. Ini adalah kali pertama aku mengalami perasaan kehilangan orang tersayang yang paling dekat dalam hidup..bkn kawan, saudara, adik beradik tetapi ayah tercinta.aku amat menyesal kerana tidak berada disisi ayah semasa saat terakhirnya..ayah...maafkan ct..ct bukan pentingkan diri tapi ct xsempat nak balik..hari khamis malam ct bace yasin cz jumaat pagi ct akn beetolak balik terengganu untuk jaga ayah kerana giliran ct..dekan dah bagi kebenaran cuti seminggu untuk jaga ayah.

selepas bacaan yasin dimasjid aku menerima panggilan dari kakak bahawa ayah tengah nazak..ntah la..sebelum ni ak akn silent telefon lau berada dalam masjid tapi malam tu ak betul2 membiarkan sahaja.mungkin itu adalah petanda.ya allah..aku perlu kuat untuk terima segala keputusan nanti.aku terus mengemas barang n menunggu kakak datang ambik dari seremban.

dalam perjalanan aku hanya berdiamkan diri dan tidak menangis kerana aku yakin ayah pasti sembuh..ayah seorang yang kuat.aku meneruskan bacaan yasin.jam menunjukkan pukul 2.25 a.m. aku menerima panggilan dari abang no.2 bahawa ayah dah xde..hatiku bagaikan hancur, air mataku kering, sebak, tertekan..ya allah..berat ujian yang terpaksa aku terima.pukul 4.30 aku tiba di perkarangan rumah..ak berselisih dengan van jenazah yang menghantar ayahku..aku kuatkan hati dan langkahku untuk naik ke atas rumah.aku pejamkan mataku seketika untuk memberi semangat pada diriku.

Aku melihat ibuku, ibuku terus memeluk kami..aku tak tahan lagi menanggung semua ni..Aku terus menangis di pangkuan mak..mak!! ct dh xde ayah!! " mak kate tapi ct masih ada mak kn??" ya allah...aku lemah ya allah untuk menerima takdir ini..mak menyuruh kami masuk melihat ayah,,aku menuju ke bilik dan ku melihat sekujur tubuh yang kaku di atas katil.aku macam tak percaya.ak patah balik ke arah mak dan menangis..mak kate itu ayah kamu..kamu kene terima..

Ya Allah,,, ak pergi ke bilik dan membuka kain yang menutup muka ayah dan aku melihat muka ayah pucat sangat..bersih sangat muka ayah..macam ayah senyum kat ct je...aku mengucup pipi n kening ayah..ya allah..sejuknya ayah,,mau je ct peluk ayah tapi aku terus menutup wajah ayah kerana bimbang airmataku menitis diatas pipi ayah.

Syukur solat jenazah ayah lebih dari seratus orang yang terdiri dari penduduk kampung, sahabat handai, saudara mara terdekat dan solat kedua disolatkan oleh pelajar2 tahfiz tarbiyyah kerana abangku merupakan guru tahfiz. Syukur ayah dikebumikan dengan selamat sebelum solat jumaat.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa kita tidak boleh menpercepat atau melengahkannya walaupun sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan ayah pada masa tu. Seakan tidak percaya ayah hanya melihat ke atas dan menutup mata.Ayah cuma hendak baring sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.Aku menjaganya dihospital. Time 2 ayah hanya nasihat je kat sape2 yang datang melawat.yang paling aku ingat pesanan ayah pada anaknya

“Andai Ayah Tiada,Pastikan Ada Diantara Kamu Mengunjungi Pusara Ayah Setiap Hari Jumaat.walaupun masing-masing sibuk bekerja”

pertama kali aku membuat sijil kematian, pertama kali tidak tidur dua hari, pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama kali menjirus air mawar, semuanya pertama kali. Dan pertama kali juga aku tidak akan berjumpa ayah lagi. Aku memandikan ayah dan aku sendiri yang menjahit kain sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka ayah, aku mencium dahi, pipi kanan, pipi kiri, dan bangun. Namun, tiba-tiba hati aku ingin terus mencium ayah lagi. Aku membongkokkan kaki dan mencium dahi abah semula.

Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku selalu cium ayah. Tetapi apabila sudah dewasa sudah lama aku tidak mencium pipinya .Abang2 mengangkat jenazah ayah dan mengebumikannya. Hati ini sayu mengenangkan pemergian ayah yang tercinta. Mak hanya memandang dengan air mata sayu, penglihatannya kosong. Setelah 42 tahun hidup bersama ayah kini tinggal seorang. Selaku seorang anak, aku tahu bagaimana kasih seorang ayah. Ayah seorang pendiam, sabar.

Ayah sayang anaknya tetapi tidak pernah tunjuk sebab ayah lebih suka mendiamkan diri dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan orang lain, ayah hanya banyak bercakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja. Ada kawan kampung ayah baru-baru ni cakap;

"Ayah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang".
Ayah memang suka budak kecil. Pantang berjumpa anak kecil pasti di dukungnya, bawa berjalan-jalan. Cucu-cucunya setiap kali balik pasti hendak tidur bersamanya dan bawa tengok lembu-lembu kat padang n tengok ikan kat kolam peliharaannya. Kini semuanya sudah tiada. Ya Allah, aku tidak tahu bagaimana kehidupan ini untuk diteruskan tanpa abah.

sesungguhnya kehilangan ini memberi hidayah kepada aku. Talkin buat ayah masih segar.

"Wahai Hj Darusa bin hajah aminah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"

Kita yang hidup akan pergi juga. Lelaki berat tanggungjawabnya. Suami menanggung dosa isteri dan anak-anak. InsyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama. Cuma, aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah. Emak juga seorang yang solehah. Aku yakin Allah Maha Pengampun dan Maha Bijaksana dalam menentukan Al-Mizan.Dahulu emak dan ayah setiap waktu ke Masjid. Di rumah mereka sentiasa berdua. Tetapi sekarang ini, emak kata emak takut hendak ke masjid seorang diri. Takut hati tidak tenang teringatkan ayah. Inilah perasaan aku sekarang.

Buat kalian yang masih ada emak dan ayah jadikan ini iktibar. Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir dan curahkan kasih sayang tanpa selindung. Tunjukkan kasih sayang anda.
(sebahagian dari anak2 dan cucu )

 
  (bersama cucu kesayangan ayah..anas..ayah pernah pesan kat anas lau tokki da xde nnti bilik kat dapur tokki bg kat anas..
anas kne jage tok elok2 tau..)

                        (permata hati zainun dan darusa.2 org lagi xde..)

No comments:

Post a Comment