Thursday, January 20, 2011

DOA SEORANG WANITA..

IMPIANKU UNTUK MELENGKAPKAN KEHIDUPANKU..

Ya Allah
Sekiranya dia adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya dia adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti
perasaannya
Sekiranya dia adalah jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi
segala kerenah dan ragamnya
Sekiranya dia ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Ya Allah, Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
JADIKANLAH AKU ISTERI YG DISENANGI SUAMI
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
AMIN


Tuhan, yang mengetahui yang terbaik, akan memberi kesusahan dan kadang melukai hati, supaya hikmat-Nya bisa tertanam dalam. Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan yang kadang sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahwa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik.

Wednesday, January 19, 2011

sahabatku di bumi KUIS..

 ILUV U SO MUCH..UNTIL DIE..

tika daku berjauhan dari kedua2 ibu bapaku..yang aku harapkan hanyalah rahmat Allah sentiasa kekal mengiringi setiap langkahku dan juga sahabat soleh dan solehah yang mampu menegur diriku tika aku lalai akan perintah allah juga sentiase bersamaku saat susah dan senang..

" dan jadikanlah dirimu sentiase berdamping rapat dgn orang2 yang beribadat kepada Allah waktu pagi dan ptang , yang mengharapkan keredhaan Allah semata2 dan janganlah kamu memalingkan pandangan kamu drpd mereka hanya kerana kamu mahu mematuhi org yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran daripada Al-Quran serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkahlakunya melampaui kebenaran ".
(Al-kahfi:28)

Terkenang sebuah memori lalu, 
kisah persahabatan kita bersama,
didalam satu pengajian 
menuntut ilmu dan pengalaman..
mengingatkanku, pengorbananmu, 
terpahat padu dia\kalbuku,,
bersama rakan taulan dan guru.. 
tawa riangmu menghiburkan hatiku..
indahnya suasana ketika itu,,
terjalin ukhuwah sejati..
nasihatmu sungguh..bermakna bagiku..
mengenalkanku erti kehidupan..
susah payah kita,,hadapi bersama itulah asam garam kehidupan...
Ya Tuhanku amankan hatinya..
kuatkan semangatnya untuk menghadapi idup..
limpahkanlah maghfirat dan kasih sayangmu..
agar hidupnya sejahtera didunia akhirat...



 sahabatku, 
sekali kaki melangkah dijalan Allah, jangan undur..biar masa berganti aqidah jangan mati...biar masa berubah tetapi keyakinan pada Allah jangan goyah..

sahabatku, 
andai aku melakukan kesilapan, tegurlah..mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan dalam hidup dan saling melindungi sahabat kita dari api neraka.kenangan bersamamu akanku semat didalam hati dan doaku selalu..







ingatlah sahabatku,
bahawa kebahagiaan terletak dalam dirimu juga dan orang yang paling bahagia adalah orang yang dapat memberi kebahagiaan kepada orang lain dan bukan hanya untuk dirinya sahaja..

UHIBBUKI FILLAH ABADAN ABADA WA MARDHOTILLAH...

Sunday, January 9, 2011

ciumlah ayah sebelum yang terakhir..:

                                                (raye last bersama ayah..)

Ayah aku meninggal 9 julai 2010 pd kul 2.30 pagi pada malam jumaat yg tenang. Perkara yang aku tuliskan di sini adalah untuk mereka yang masih lagi mempunyai orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal

Kematian ayah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan emak yang kesorangan dan mempunyai 11 orang cahaya mata serta 30 orang cucu. Anak-anak semua dah dewasa dan berkerja jauh. Hidup ini seolah tiada erti. Selama nie setiap suka duka pasti akan dimaklumkan pada emak dan abah. Kalau naik gaji atau dapat keputusan bagus pasti mereka mereka dimaklumkan sepaya mereka gembira.

Kalau boleh mahu terus berada di terengganu menemani mak yang terus menangis .Syukur, ayah meninggal dalam pelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah di telinga kirinya dan aku ketika itu masih dalam perjalanan pulang ke terenganu. Ini adalah kali pertama aku mengalami perasaan kehilangan orang tersayang yang paling dekat dalam hidup..bkn kawan, saudara, adik beradik tetapi ayah tercinta.aku amat menyesal kerana tidak berada disisi ayah semasa saat terakhirnya..ayah...maafkan ct..ct bukan pentingkan diri tapi ct xsempat nak balik..hari khamis malam ct bace yasin cz jumaat pagi ct akn beetolak balik terengganu untuk jaga ayah kerana giliran ct..dekan dah bagi kebenaran cuti seminggu untuk jaga ayah.

selepas bacaan yasin dimasjid aku menerima panggilan dari kakak bahawa ayah tengah nazak..ntah la..sebelum ni ak akn silent telefon lau berada dalam masjid tapi malam tu ak betul2 membiarkan sahaja.mungkin itu adalah petanda.ya allah..aku perlu kuat untuk terima segala keputusan nanti.aku terus mengemas barang n menunggu kakak datang ambik dari seremban.

dalam perjalanan aku hanya berdiamkan diri dan tidak menangis kerana aku yakin ayah pasti sembuh..ayah seorang yang kuat.aku meneruskan bacaan yasin.jam menunjukkan pukul 2.25 a.m. aku menerima panggilan dari abang no.2 bahawa ayah dah xde..hatiku bagaikan hancur, air mataku kering, sebak, tertekan..ya allah..berat ujian yang terpaksa aku terima.pukul 4.30 aku tiba di perkarangan rumah..ak berselisih dengan van jenazah yang menghantar ayahku..aku kuatkan hati dan langkahku untuk naik ke atas rumah.aku pejamkan mataku seketika untuk memberi semangat pada diriku.

Aku melihat ibuku, ibuku terus memeluk kami..aku tak tahan lagi menanggung semua ni..Aku terus menangis di pangkuan mak..mak!! ct dh xde ayah!! " mak kate tapi ct masih ada mak kn??" ya allah...aku lemah ya allah untuk menerima takdir ini..mak menyuruh kami masuk melihat ayah,,aku menuju ke bilik dan ku melihat sekujur tubuh yang kaku di atas katil.aku macam tak percaya.ak patah balik ke arah mak dan menangis..mak kate itu ayah kamu..kamu kene terima..

Ya Allah,,, ak pergi ke bilik dan membuka kain yang menutup muka ayah dan aku melihat muka ayah pucat sangat..bersih sangat muka ayah..macam ayah senyum kat ct je...aku mengucup pipi n kening ayah..ya allah..sejuknya ayah,,mau je ct peluk ayah tapi aku terus menutup wajah ayah kerana bimbang airmataku menitis diatas pipi ayah.

Syukur solat jenazah ayah lebih dari seratus orang yang terdiri dari penduduk kampung, sahabat handai, saudara mara terdekat dan solat kedua disolatkan oleh pelajar2 tahfiz tarbiyyah kerana abangku merupakan guru tahfiz. Syukur ayah dikebumikan dengan selamat sebelum solat jumaat.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa kita tidak boleh menpercepat atau melengahkannya walaupun sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan ayah pada masa tu. Seakan tidak percaya ayah hanya melihat ke atas dan menutup mata.Ayah cuma hendak baring sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.Aku menjaganya dihospital. Time 2 ayah hanya nasihat je kat sape2 yang datang melawat.yang paling aku ingat pesanan ayah pada anaknya

“Andai Ayah Tiada,Pastikan Ada Diantara Kamu Mengunjungi Pusara Ayah Setiap Hari Jumaat.walaupun masing-masing sibuk bekerja”

pertama kali aku membuat sijil kematian, pertama kali tidak tidur dua hari, pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama kali menjirus air mawar, semuanya pertama kali. Dan pertama kali juga aku tidak akan berjumpa ayah lagi. Aku memandikan ayah dan aku sendiri yang menjahit kain sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka ayah, aku mencium dahi, pipi kanan, pipi kiri, dan bangun. Namun, tiba-tiba hati aku ingin terus mencium ayah lagi. Aku membongkokkan kaki dan mencium dahi abah semula.

Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku selalu cium ayah. Tetapi apabila sudah dewasa sudah lama aku tidak mencium pipinya .Abang2 mengangkat jenazah ayah dan mengebumikannya. Hati ini sayu mengenangkan pemergian ayah yang tercinta. Mak hanya memandang dengan air mata sayu, penglihatannya kosong. Setelah 42 tahun hidup bersama ayah kini tinggal seorang. Selaku seorang anak, aku tahu bagaimana kasih seorang ayah. Ayah seorang pendiam, sabar.

Ayah sayang anaknya tetapi tidak pernah tunjuk sebab ayah lebih suka mendiamkan diri dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan orang lain, ayah hanya banyak bercakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja. Ada kawan kampung ayah baru-baru ni cakap;

"Ayah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang".
Ayah memang suka budak kecil. Pantang berjumpa anak kecil pasti di dukungnya, bawa berjalan-jalan. Cucu-cucunya setiap kali balik pasti hendak tidur bersamanya dan bawa tengok lembu-lembu kat padang n tengok ikan kat kolam peliharaannya. Kini semuanya sudah tiada. Ya Allah, aku tidak tahu bagaimana kehidupan ini untuk diteruskan tanpa abah.

sesungguhnya kehilangan ini memberi hidayah kepada aku. Talkin buat ayah masih segar.

"Wahai Hj Darusa bin hajah aminah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"

Kita yang hidup akan pergi juga. Lelaki berat tanggungjawabnya. Suami menanggung dosa isteri dan anak-anak. InsyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama. Cuma, aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah. Emak juga seorang yang solehah. Aku yakin Allah Maha Pengampun dan Maha Bijaksana dalam menentukan Al-Mizan.Dahulu emak dan ayah setiap waktu ke Masjid. Di rumah mereka sentiasa berdua. Tetapi sekarang ini, emak kata emak takut hendak ke masjid seorang diri. Takut hati tidak tenang teringatkan ayah. Inilah perasaan aku sekarang.

Buat kalian yang masih ada emak dan ayah jadikan ini iktibar. Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir dan curahkan kasih sayang tanpa selindung. Tunjukkan kasih sayang anda.
(sebahagian dari anak2 dan cucu )

 
  (bersama cucu kesayangan ayah..anas..ayah pernah pesan kat anas lau tokki da xde nnti bilik kat dapur tokki bg kat anas..
anas kne jage tok elok2 tau..)

                        (permata hati zainun dan darusa.2 org lagi xde..)

Saturday, January 1, 2011

Secebis Ingatan Buat Adam



AdamMaafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Wanita yang lemah.
Adamku…Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
AdamMaha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
 
Adam…Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun…terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

AdamAku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi

Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku. Dimana perginya keadilanmu. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap dirumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut… Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam.. Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku? Adakah

Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad s.a.w terhadap mereka? Adakah akhlak kaum

Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

AdamKau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu Sembilan, nafsumu satu. Aku… akalku satu, nafsuku Sembilan.

 Dari itu Adam
pimpinlah, bimbinglah, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau

Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung. Maafkan aku sekali lagi

Waspadalah Adam…Andai auratku terdedah…andai suaraku mengatasimu… andai langkah seiringmu…andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran. Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi…Tetapi percayalah!!!...bukan emas yang kucari…bukan berlian yang kupinta… tetapi…hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu

AdamDengarlah…keluhan hatiku buat dirimu…Ikhlas dari Hawa…Abad ini…

CINTA..


Susah nk tafsirkan perasaan cinta ni..bile dye hadir pn kite xtau..tp perasaan 2 betul2 boleh buat seseorang 2 angau dan gembira kn??..wlaupn sy xpernah merasai perasaan cinta 2 tapi sy pasti lau dh terkena pasti susah untuk diatasi,,

CINTA SEKALI DILIHAT BAK AIR YANG TENANG..
TETAPI JIKA SESEORANG TERSILAP MENERJUNINYA AKAN TENGGELAM 
DAN TAK TERTOLONG LAGI..

Ya Allah aku amat berharap kau jagalah hatiku ini selalu..
ak hanye inginkan cinta yang suci berlandaskan iman dan islam..titipkanlah kebahagiaan dalam hati kami..
aku amat takut pada percintaan..TETAPI JANGAN LUPA JUGA.bahawa:.

DENGAN CINTA KENAL PENCIPTA
DENGAN CINTA KENAL RASULNYA
DENGAN CINTA KENAL SAUDARA
BAHAGIA KELUARGA..OH INDAHNYA CINTA..

Ya Allah, aku berharap cintaku hanya untuk pemilik cintaku selepas
Allah dan Rasul..
ak tidak mahu aku jatuh dalam kehinaanmu jika tersilap langkah,.
jadikan ak orang yang mencintaimu
dan jadikan org yang mencintaimu mencintai diriku ini..

oh tuhan,seandainya telah kau catatkan,
dia milikku tercipta untuk diriku..
satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagiaan..

Ya Allah..ku mohon apa yang telah kau takdirkan..
ku harap..ia adalah yang terbaik buatku..
kerana engkau tahu segala isi hatiku..
pelihara daku dari kemurkaanmu..

Ya Tuhanku.yang maha pemurah..
beri kekuatan jua harapan..
membina diri yang lesu x bermaya..
semaikan setulus kasih dijiwa..
ku pasrah kepadamu..kurniakanlh ak
pasangan yang beriman bisa menemani aku.
supaya ku dan dia dapat melayar bahtera..
kemarau CINTA yang engkau redhai,,

seandai dia..SATUKANLAH...

Ya Tuhanku, yang Maha pengasih.
engkau sahaja pemeliharaku..
dengarkan rintihan..
apa mungkin..jangan engkau biarkannku sendiri..
agarku bisa bahagia walau tanpa bersamanya..
gantikanlh yang hilang..
tunjukkan yang kelapangan.
ku inginkan bahagia DI DUNIA dan AKHIRAT..



PADAMU TUHAN KU MOHON SEGALA..