Monday, March 7, 2011

DENGARLAH NASIHAT WANITA YG BIJAKSANA..



Seorang ibu memberi nasihat kepada anak perempuannya yang baru diijabkabulkan, dalam tangisan tetapi masih tersenyum" Wahai anakku, engkau sedang menghadapi kehidupan baru, hidup yang di dalamnya tiada tempat untuk ayah n ibu, begitu juga saudara mara. Di dalam dunia ini engkau akan menjadi rakan kongsi suami mu. Suamimu tidak akan rela jika ad org lain ikut campur dlm urusan kamu berdua, termasuklah org yg hampir atau kerabatmu.


"Anakku, jadilah seorang isteri sekaligus seorang ibu bagi suamimu. Buatlah dia merasa bahawa engkau adalah segala2nya dlm hidupnya. ingatlah bahawa seorg lelaki x ubah seprti seorg kanak2 yg senang dimanjakan.jangan engkau membuatkn dia merasakan bahawa menikah dgnmu mnjadi dye berpisah dr keluarga dan ibu bapanya.
dia telah tinggalkan rumah kedua ibu bapa dan keluarga demi kamu. bagaimanapun perbezaan antara kamu n dia adalah perbezaan antara lelaki n perempuan.


" Anakku, setiap perempuan akn rindu kpd keluarganyadan dirumah dimana ia lahir,membesar, belajar di dalamnya. Tetapi ia perlu membiasakannya dirid suasana baru.dia perlu sesuaikan diri dengan lelaki yang telah menjadi suami yg sah, sebagai pelindung dan ayah kepada anak2nya. Inilah duniamu yg baru anakku!!..


"Anakku, inilah masa kini dan masa depan mu..inilah keluarga yg kamu bina berdua.Ibu tidak suruh kamu melupkan ibu, ayah dan saudaramu kerana mereka tidak akan melupakanmu..
wahai anakku, lagipun mana mgkin seorg ibu melupakan buah hatinya?? 
bagaimanapun aku meminta cintailah suamimu, hidup dan bahagialah bersamanya..


            contohilah kesabaran wanita bernama asiyah(isteri firaun), 
            kesetiaan khadijah(isteri nabi SAW yg pertama),
            kejujuran aisyah(ietri nabi yg paling muda),
            dan keteguhan hati fatimah(puteri nabi SAW.)



No comments:

Post a Comment