Monday, October 3, 2011

::harapanku moga sumenye selamat::



esok adalah saat yg ditunggukan oleh sume adik bradik.,,.wlaupn bg ku sume ni xperlu pn xpe,..tp kerana agama n hukum kami tetap turuti,,

esok adlh hari pmbacaan wasiat dari  hak milik arwah ayah,,

malam nie sume anak2 ayah 11 orang akn balik,.Ya Allah., sukar digambarkan mcmne gelora aty ak skarang ni,,yang pasti ak takut sangat2 nk hadapi hari esok..ak pernah gtau mak,."ct xkesah xdapat harte ayah,,lau boleh ct nk mak je sorg,.yg len xpe la:"tp mak kte xboleh,,kene jgk,..ak betul2 pening,sebak..takut!!moga2 esok sume brjalan dgn lancar,,,ak xnak kisah silam ibuku jga trjadi kpd kami adik bradik..yg pasti ak sllu egt kate2 mak..(mak xkesah xde harte, mak nk tanah kubur je ckt)masyaallah,,kuatnye smgat ibu dalam mghadapi tekanan hdup kisah silam dye,..ak harap kami adk brdik akn akur dgn sume kptsn esk..


Ayah.!! doakan kejayaan ankmu esk..ct yakin ayah akn melihat ape yg kami bincangkan esok...




Ya Allah, jadikan kami anak2 yg bkn trgolong dlm kalangan org yg cintakan harta dunia malah amat cintakn akhiratmu,,jadikan harta itu baik untuk kami,,jika buruk untuk kami maka kau berkatilah harta itu,,AMIN..

Sunday, October 2, 2011

~~tenangkan hatiku ya Allah~~

ak tau ak memang bnyak kekurangan, tapi ak dh cube buat yg trbaik untk org yg ak sayang,,tapi ak redha,mgkin Allah nak uji kekuatan ak dalam mnyayangi insan2 yg ak cyg dlm hdup ak nie..
td lpas hantar ank buah g sekolah tetibe aty ni trgerak nak g kubur ayah..slme ni biase g dgn adik..td g sorg2 je..alhamdulillah ku luahkn segala2nya kat ayah.,.
ayah!!!..ct rindu sgt kat ayah..andai ct leh gali balik kubur ayah n ambk ayah balik ct akn lakukan tp sume kuasa Allah..ct harap kte dapat jmpe diakhirat nnti..doakan anakmu brjaye ye ayah,,ct sayang ayah...
x kire org nk kate pe pas ni ak akn ambik yg jernih n buang yg keruh..insyaallah...

~ujian adalah tarbiyyah dari Allah~
  apakah kitakn sabar, atau sebaliknya~
  fainyaallah ak akan sllu brsabar dgn ujian Allah..

Tuesday, September 20, 2011

KETIKA ALLAH MEMILIHMU UNTUKKU..



Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin aku beritahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Ibu bapa yang begitu sempurna..
Dengan cinta yang begitu mekar..
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu aku katakan..
Saat Allah memilih mu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka waktu itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kau pun bukanlah lelaki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan bersatu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi ‘kita’..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dengan ilmuNya..
Maka genggam tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah padaNya ta’ala..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tetapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah. .
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai pelindungku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata – kata mu adalah titah untukku,
Selama tidak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah pelindung yang indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..
Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga..
Yang dadanya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkat, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke SyurgaNya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..

Dari Ummu Salamah, berkata, “Rasulullah SWT bersabda : “Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meredhainya, maka dia akan masuk syurga.” (HR. Ahmad dan Thabrani)

Tuesday, March 22, 2011

maafkan ku sahabat..(9__^))




huuumm...ntah kenape sejak akhir2 nie atyku selalu disakiti...ak selalu berpesan pd sahabat2 yg datang mengadu masalah padaku bahawa" kte kna sllu jaga aty org tp hati kita kena juga dijaga" tp bila ia terkena pd diriku aku gagal bepegang pd prinsip 2..ak akui aku amat lemah dalam bab2 berkawan..kerana padaku apabila kta jauh dr ibu bapa kita yg paling dekat adalah sahabat,.


mak selalu pesan" ct duk tempat orang kene banyak berkorban xkire ape pon.." ..oleh itu ak selalu berusaha untuk tolong sesiapa shj yg dlm kesusahan.aku xharapkan balasan dr sahabatku apabila aku susah kelak..cuma aku harapkan bantuan dr ALLAH dlm setiap langkahku dalam meniti kehidupan ini.


aku memerlukan sahabat untuk sllu menegur kesalahanku apabila aku melakukan kesalahan.ak berterima kasih pd mrka semua..hidup kta xlari dr kesilapan n kesilapan juga yg membentuk jati diri kita,


ak tau kadang2 tak semua apa yg kita buat 2 betul p sebenarnya amat menyakitkan hati org len..orang sllu kate ct knpe suke sangat mengalah??..jawapan dye adalah sbb aku amat menyayangi sahabat2ku..dye yg akan menenangkan n mengubat tika berjauhan dr ibu bapa.ak akan lakukan apa sahaja asalkan kawanku gembira..selagi ak mmpu pertahankan akn ku pertahankan


mak jangan bimbang,,insyaallah ct akn kuat mcm mak..macam ayah..mak didik ct dlm kelurga yg susah..sebagai anak penoreh getah, anak pemandu lori. tukang sapu..tp ct xpernah rase terbeban dengan semua ni..ct akn kuat mak..ct akn jadikan ap yg berlaku sbgai kekuatan ct untuk teruskankehidupan ni...

MAAFKAN DIRIKU KERANA TIDAK BISA MEMBAHAGIAKAN DIRIMU..(^____*)

KU TITIPKA DOA BUATMU SAHABAT


" Dan orang2 yg datang sesudah mereka (muhajirin n ansar) mereka berdoa
"Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara kami yg telah beriman lebih dahulu dr kami , dan janganlah engkau tanamkan kedengkian pada hati kami terhadap org2 yg beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya engkau maha penyantun, maha penyayang".
Surah Al-hasru: 10

Monday, March 7, 2011

DENGARLAH NASIHAT WANITA YG BIJAKSANA..



Seorang ibu memberi nasihat kepada anak perempuannya yang baru diijabkabulkan, dalam tangisan tetapi masih tersenyum" Wahai anakku, engkau sedang menghadapi kehidupan baru, hidup yang di dalamnya tiada tempat untuk ayah n ibu, begitu juga saudara mara. Di dalam dunia ini engkau akan menjadi rakan kongsi suami mu. Suamimu tidak akan rela jika ad org lain ikut campur dlm urusan kamu berdua, termasuklah org yg hampir atau kerabatmu.


"Anakku, jadilah seorang isteri sekaligus seorang ibu bagi suamimu. Buatlah dia merasa bahawa engkau adalah segala2nya dlm hidupnya. ingatlah bahawa seorg lelaki x ubah seprti seorg kanak2 yg senang dimanjakan.jangan engkau membuatkn dia merasakan bahawa menikah dgnmu mnjadi dye berpisah dr keluarga dan ibu bapanya.
dia telah tinggalkan rumah kedua ibu bapa dan keluarga demi kamu. bagaimanapun perbezaan antara kamu n dia adalah perbezaan antara lelaki n perempuan.


" Anakku, setiap perempuan akn rindu kpd keluarganyadan dirumah dimana ia lahir,membesar, belajar di dalamnya. Tetapi ia perlu membiasakannya dirid suasana baru.dia perlu sesuaikan diri dengan lelaki yang telah menjadi suami yg sah, sebagai pelindung dan ayah kepada anak2nya. Inilah duniamu yg baru anakku!!..


"Anakku, inilah masa kini dan masa depan mu..inilah keluarga yg kamu bina berdua.Ibu tidak suruh kamu melupkan ibu, ayah dan saudaramu kerana mereka tidak akan melupakanmu..
wahai anakku, lagipun mana mgkin seorg ibu melupakan buah hatinya?? 
bagaimanapun aku meminta cintailah suamimu, hidup dan bahagialah bersamanya..


            contohilah kesabaran wanita bernama asiyah(isteri firaun), 
            kesetiaan khadijah(isteri nabi SAW yg pertama),
            kejujuran aisyah(ietri nabi yg paling muda),
            dan keteguhan hati fatimah(puteri nabi SAW.)



Thursday, January 20, 2011

DOA SEORANG WANITA..

IMPIANKU UNTUK MELENGKAPKAN KEHIDUPANKU..

Ya Allah
Sekiranya dia adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya dia adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti
perasaannya
Sekiranya dia adalah jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi
segala kerenah dan ragamnya
Sekiranya dia ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Ya Allah, Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
JADIKANLAH AKU ISTERI YG DISENANGI SUAMI
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
AMIN


Tuhan, yang mengetahui yang terbaik, akan memberi kesusahan dan kadang melukai hati, supaya hikmat-Nya bisa tertanam dalam. Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan yang kadang sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahwa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik.

Wednesday, January 19, 2011

sahabatku di bumi KUIS..

 ILUV U SO MUCH..UNTIL DIE..

tika daku berjauhan dari kedua2 ibu bapaku..yang aku harapkan hanyalah rahmat Allah sentiasa kekal mengiringi setiap langkahku dan juga sahabat soleh dan solehah yang mampu menegur diriku tika aku lalai akan perintah allah juga sentiase bersamaku saat susah dan senang..

" dan jadikanlah dirimu sentiase berdamping rapat dgn orang2 yang beribadat kepada Allah waktu pagi dan ptang , yang mengharapkan keredhaan Allah semata2 dan janganlah kamu memalingkan pandangan kamu drpd mereka hanya kerana kamu mahu mematuhi org yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran daripada Al-Quran serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkahlakunya melampaui kebenaran ".
(Al-kahfi:28)

Terkenang sebuah memori lalu, 
kisah persahabatan kita bersama,
didalam satu pengajian 
menuntut ilmu dan pengalaman..
mengingatkanku, pengorbananmu, 
terpahat padu dia\kalbuku,,
bersama rakan taulan dan guru.. 
tawa riangmu menghiburkan hatiku..
indahnya suasana ketika itu,,
terjalin ukhuwah sejati..
nasihatmu sungguh..bermakna bagiku..
mengenalkanku erti kehidupan..
susah payah kita,,hadapi bersama itulah asam garam kehidupan...
Ya Tuhanku amankan hatinya..
kuatkan semangatnya untuk menghadapi idup..
limpahkanlah maghfirat dan kasih sayangmu..
agar hidupnya sejahtera didunia akhirat...



 sahabatku, 
sekali kaki melangkah dijalan Allah, jangan undur..biar masa berganti aqidah jangan mati...biar masa berubah tetapi keyakinan pada Allah jangan goyah..

sahabatku, 
andai aku melakukan kesilapan, tegurlah..mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan dalam hidup dan saling melindungi sahabat kita dari api neraka.kenangan bersamamu akanku semat didalam hati dan doaku selalu..







ingatlah sahabatku,
bahawa kebahagiaan terletak dalam dirimu juga dan orang yang paling bahagia adalah orang yang dapat memberi kebahagiaan kepada orang lain dan bukan hanya untuk dirinya sahaja..

UHIBBUKI FILLAH ABADAN ABADA WA MARDHOTILLAH...